Iran gantung lelaki kerana mengintip semasa perang dengan AS dan Israel

Iran telah menghukum mati seorang atas tuduhan berkaitan dengan menghantar maklumat kepada AS dan Israel semasa perang, kata agensi berita Mizan badan kehakiman Iran, lapor berita Al Jazeera.

Individu terbabit, yang dikenal pasti sebagai Mojtaba Kian, telah menghantar data mengenai industri pertahanan Iran kepada “musuh”, Al Jazeera memetik laporan agensi berita itu.