Tiga polis tentera terbunuh pada Jumaat apabila sebuah pesawat polis terhempas di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Nahas itu dilapor berlaku dekat Lapangan Terbang Serantau Vale do Aco, dekat bandar Ipatinga.
Pesawat Beechcraft B300 Super King Air enjin berkembar itu berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha di Belo Horizonte dan sedang menghampiri destinasi apabila kemalangan itu berlaku.
