Gempa bumi 5.6 magnitud landa wilayah sempadan Peru-Brazil

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah sempadan Peru-Brazil pada 0058 GMT Jumaat, kata Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, menurut berita Xinhua.

Pusat gempa, dengan kedalaman 144.7 km, pada mulanya ditentukan berada pada 8.31 darjah latitud selatan dan 74.12 darjah longitud barat.