8 kanak-kanak Rohingya maut tembok runtuh di tengah-tengah hujan lebat di Bangladesh

Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak Rohingya maut pada Rabu di tenggara Bangladesh selepas sebuah tembok runtuh dekat sebuah madrasah sementara, sebuah sekolah agama Islam tradisional, di tengah-tengah hujan lebat di seluruh rantau itu, menurut berita Anadolu memetik seorang pegawai bomba.

“Kami telah menemui lapan kanak-kanak Rohingya di kawasan terjejas. Sebuah dinding masjid dekat madrasah runtuh selepas hujan lebat melanda kem terbabit dan berlaku tanah runtuh,” kata Dollar Tripura, pegawai balai Balai Bomba Ukhia di daerah Cox’s Bazar.

Lima yang lain cedera dan semua mangsa adalah pelajar perempuan.