2 maut, 34 cedera kebakaran hospital di Ludwigslust Jerman

Kebakaran di sebuah hospital di bandar Ludwigslust, timur laut Jerman menyebabkan dua kematian dan sekurang-kurangnya 34 cedera, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Kebakaran itu dilapor berlaku di struktur bumbung jabatan radiologi hospital sekitar jam 4:30 pagi waktu tempatan (0330 GMT).