Lapan orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di wilayah Qinghai, barat laut China pada petang Rabu, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis, menurut berita Xinhua.
Kemalangan itu dilapor berlaku sekitar jam 7 malam Rabu, apabila sebuah trak pikap membawa 15 orang terbalik di bahagian jalan di Kampung Lijiatai di Bandar Haidong.
Empat orang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan empat yang lain meninggal dunia walaupun menerima rawatan perubatan kecemasan. Tujuh lagi yang cedera dimasukkan ke hospital.