Sekurang-kurangnya 12 maut selepas hujan lebat di Abidjan, Cote d’Ivoire

Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan lima lagi cedera selepas hujan lebat melanda Abidjan, ibu kota ekonomi Cote d’Ivoire, menurut berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Hujan lebat yang bermula pada Ahad mencetuskan tanah runtuh dan banjir di beberapa komun di bandar terbesar di negara itu.

Dua belas orang, termasuk sembilan dari isi rumah yang sama, ditemui mati di bawah runtuhan rumah mereka di kawasan kejiranan Mossikro, yang terletak di antara komune Yopougon dan Attecoube, menurut penilaian sementara oleh Kumpulan Bomba Tentera, lapor Xinhua.