Tembakan pada Isnin di bandar Stade di utara Jerman mengakibatkan lima kematian, lebih banyak korban mungkin berlaku, menurut berita Xinhua memetik laporan media.
Kejadian itu dilapor berlaku di pusat bandar Stade di negeri Lower Saxony.
Semua yang mati adalah orang dewasa dan beberapa yang lain cedera, sesetengah daripada mereka dalam keadaan serius. Lebih banyak korban mungkin berlaku, dan bilangan yang cedera masih tidak jelas, Xinhua memetik media Jerman.
Menurut Xinhua, media Jerman FOCUS melaporkan yang mati, empat wanita dan seorang lelaki.
Jurucakap polis Jerman dipetik sebagai berkata dua suspek telah ditangkap.
Polis masih menyiasat dan motif suspek masih tidak jelas.