Sekurang-kurangnya 164 terbunuh dan 971 cedera dalam gempa bumi kuat berturut-turut di Venezuela, kata pemangku presiden negara itu, Delcy Rodriguez pada Khamis, menurut berita Xinhua.
Rodriguez dilapor berkata, gempa bumi itu telah mencetuskan kira-kira 30 gegaran susulan, dengan menyatakan bahawa kerajaan kini sedang menyelaraskan sumber di seluruh negara untuk memperkukuhkan usaha menyelamat di kawasan paling teruk terjejas dan telah meminta sektor swasta untuk membantu mendapatkan peralatan dan bekalan menyelamat.
Dia melahirkan harapan bahawa peningkatan penglihatan selepas fajar akan membolehkan anggota penyelamat mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat.
Gempa bumi itu adalah antara yang paling kuat melanda Venezuela dalam tempoh lebih seabad dan boleh dirasai di seluruh rantau itu.
Gegaran sangat meluas, mencetuskan pemindahan bangunan di bandar-bandar Brazil, kira-kira 1,700 kilometer dari ibu negara Venezuela, Caracas, menurut Xinhua.
