32 terbunuh, 700 lagi cedera dalam gempa bumi Venezuela

Gempa bumi berkembar yang melanda Venezuela lewat Rabu mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 kematian dan 700 kecederaan, kata pemangku presiden negara itu Delcy Rodriguez pada Khamis, menurut berita Xinhua.

Rodriguez berkata, pasukan penyelamat antarabangsa dijangka tiba dalam beberapa jam akan datang.