Pesawat Turkish Airlines dilapor terbakar pada tayar gear pendaratan di lapangan terbang Kathmandu

Sebuah pesawat Turkish Airlines terbakar pada tayar gear pendaratannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Nepal pada pagi Isnin, lapor Xinhua memetik kata seorang pegawai.

Penumpang dipindahkan melalui pintu kecemasan sementara anggota bomba memadamkan kebakaran, menurut Xinhua.

Raj Kumar Silwal, jurucakap di Pejabat Keselamatan Lapangan Terbang, berkata 276 penumpang dan 11 anggota kru diselamatkan dengan selamat.