5 maut, 16 cedera dalam kebakaran bangunan pangsapuri di Antwerp Belgium

Kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium pada pagi Rabu mengorbankan lima orang dan mencederakan 16 yang lain, menurut berita Xinhua memetik laporan media Belgium.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran selepas kira-kira enam jam. Datuk Bandar Antwerp, Els van Doesburg dilapor berkata, mangsa yang cedera kebanyakannya mengalami penyedutan asap.