5 maut, 15 hilang lombong jed runtuh di utara Myanmar

Sekurang-kurangnya lima orang disahkan maut, dan kira-kira 15 masih hilang dalam keruntuhan lombong jed di pekan Hpakant di negeri Kachin, utara Myanmar, menurut berita Xinhua memetik akhbar harian milik kerajaan The Global New Light of Myanmar melaporkan pada Selasa.

Keruntuhan lombong itu dilaporkan berlaku selepas timbunan sisa di tapak perlombongan jed yang tidak digunakan runtuh dekat kampung Namthmaw di pekan Hpakant, negeri Kachin, pada Ahad.

Pihak berkuasa tempatan, kumpulan sukarelawan dan penduduk dilapor menjalankan operasi menyelamat pada Isnin meskipun hujan berterusan dan risiko tanah runtuh selanjutnya.

Hpakant, rumah kepada beberapa jed terbaik dunia, kerap mengalami tanah runtuh semasa musim tengkujuh. Ramai penduduk dan pekerja migran mencari tapak perlombongan yang ditinggalkan untuk mencari sisa jed walaupun terdapat risiko ketara, Xinhua memetik laporan itu.