4 rakyat Palestin maut serangan tentera, penjajah Israel dekat Nablus, Tebing Barat

Empat rakyat Palestin terbunuh dan empat lagi cedera, pada Jumaat dalam serangan oleh tentera dan penjajah Israel ke atas pekan Tell, barat daya Nablus di utara Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Anadolu.

“Jumlah kematian di Tell, barat daya Nablus, telah meningkat kepada empat orang, dengan empat lagi cedera, tiga daripadanya kritikal,” Kementerian Kesihatan Palestin dilapor berkata dalam satu kenyataan.

Sumber tempatan dan keselamatan berkata penjajah Israel menyerang rumah-rumah Palestin di pekan itu dan melepaskan tembakan langsung ke arah dua buah rumah.