Empat orang terbunuh selepas penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah ambulans swasta di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan pada Jumaat, menurut berita Xinhua memetik sumber polis.
Serangan itu dilaporkan berlaku di daerah Bannu, di mana lelaki-lelaki bersenjata menyasarkan ambulans terbabit.