Letupan disyaki disengajakan di Monaco pada petang Isnin mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk dua parah, menurut berita Xinhua memetik laporan media Perancis.
Letupan itu berpunca daripada “perbuatan jahat,” kata jurucakap kerajaan Monegasque dipetik oleh akhbar Perancis Le Figaro, menurut Xinhua.
Menurut Xinhua, akhbar serantau Nice Matin melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9:15 malam waktu tempatan, apabila seorang lelaki didakwa meninggalkan alat letupan di lobi sebuah bangunan sebelum melarikan diri. Alat itu meletup ketika beberapa orang memasuki bangunan.