2 dilapor maut, 1 cedera tembakan di Connecticut AS

Dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di West Haven, negeri Connecticut AS, awal pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor berita Xinhua.

Pegawai tiba di sebuah bar di Campbell Avenue sekitar jam 1:27 pagi waktu tempatan (0527 GMT) selepas menerima laporan tembakan, polis West Haven dilapor berkata.

Tiga orang ditemui dengan luka tembakan di luar bar, dua daripadanya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.