Kemalangan jalan raya meragut 15 nyawa dan menyebabkan seorang cedera parah di wilayah Mamou, Guinea, kira-kira 300 km timur laut Conakry, pada awal pagi Isnin, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 1 pagi Isnin dalam keadaan hujan di sebatang jalan dengan beberapa selekoh tajam di Diarabaka, sebuah kawasan dekat Mamou, ibu kota wilayah Mamou, susulan perlanggaran antara kenderaan penumpang dan trak kargo.
Kenderaan penumpang itu membawa 16 orang, kebanyakannya kanak-kanak sekolah yang dalam perjalanan untuk bersatu semula dengan keluarga mereka semasa cuti sekolah. Satu-satunya mangsa terselamat, yang cedera parah, dikejarkan ke hospital untuk rawatan.