Uruguay

  • Jumlah kematian di Lubnan sejak 2 Mac meningkat kepada 3,756

    Israel membunuh sekurang-kurangnya 3,756 orang di Lubnan dari 2 Mac hingga 13 Jun, lapor berita Al Jazeera memetik kementerian kesihatan negara itu.

    Menurutnya, ia menambah bahawa 11,632 orang lain cedera dalam serangan Israel.

  • Serangan Israel ke atas Khan Younis di Gaza membunuh dua orang

    Satu serangan udara Israel membunuh dua orang di kawasan kejiranan al-Amal di Khan Younis, di selatan Gaza, menurut berita Al Jazeera.

    Beberapa orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak, dibawa ke Hospital Nasser.

  • Tembakan Israel di bandar Gaza mencederakan empat rakyat Palestin

    Empat rakyat Palestin cedera akibat tembakan Israel di kawasan Yarmouk di tengah bandar Gaza, menurut berita Al Jazeera memetik rakan sekerjanya di lapangan, memetik Bulan Sabit Merah Palestin.

  • Israel kata tujuh pejuang Hizbullah terbunuh di selatan Lubnan

    Tentera Israel berkata ia membunuh tujuh pejuang Hizbullah di selatan Lubnan sejak seminggu lalu, ketika ia meneruskan operasi ketenteraannya di sana, menurut berita Al Jazeera.

    Menurut Al Jazeera, tentera dalam siaran di Telegram, berkata pejuang menggunakan laluan bawah tanah, dan terbunuh dalam operasi membabitkan tentera udara, pasukan artileri dan dron.

  • Pemberontak bunuh 5 orang awam, beberapa hilang di timur DR Congo

    Suspek pejuang Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) melancarkan serangan maut baharu di sebuah kampung di timur Republik Demokratik Congo (DR Congo), membunuh lima orang awam dan beberapa lagi masih hilang, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, menurut Anadolu.

    Serangan pada Jumaat itu berlaku di Beni, wilayah Kivu Utara.

    Penyerang “menghukum mati mangsa mereka menggunakan pisau dan senjata api,” kata pegawai wilayah Elie Mbafumoja kepada pemberita di Beni, menurut Anadolu.

    “Buat masa ini, jumlah kematian sementara adalah lima. Tetapi jumlah kematian mungkin meningkat kerana ramai orang awam yang menjalankan aktiviti mereka di kampung sasaran Kididiwe hilang.”

    Pemberontak dikatakan telah menjarah harta benda ketika mereka melarikan diri.

    ADF telah melakukan serangan berkala terhadap orang awam di rantau Beni. Sejak awal Jun, suspek pemberontak melakukan enam serangan berasingan di mana lebih 50 orang terbunuh dan berpuluh-puluh diculik, Anadolu memetik media tempatan.

  • 5 maut nahas pesawat tentera udara India

    Lima anggota Tentera Udara India terbunuh apabila sebuah pesawat pengangkut An-32 terhempas di negeri Assam, timur laut India, kata pegawai pada Sabtu, lapor Anadolu.

    Pesawat itu dilaporkan mengalami kemalangan di wilayah Jorhat, Assam.

  • 61 dilapor maut dalam gempa gegar Filipina sebelum ini

    Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Filipina awal minggu ini meningkat kepada 61 orang, kata pihak berkuasa pada Sabtu, ketika pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi di kawasan paling teruk terjejas di Mindanao, menurut berita Anadolu.

    Pejabat Pertahanan Awam (OCD) dilapor berkata, kematian meningkat selepas mayat tambahan ditemui di kawasan terjejas.

    Menurut Anadolu, penyiar GMA News berkata 33 orang hilang manakala 1,221 cedera.

    Pusat Pemantauan dan Maklumat Operasi Tindak Balas Bencana (DROMIC) melaporkan gempa bumi itu menjejaskan 553,068 orang di wilayah Mindanao.

    Kira-kira 9,393 orang tinggal di pusat pemindahan, manakala 54,274 mencari perlindungan sementara dengan saudara-mara dan rakan-rakan di luar kemudahan pemindahan rasmi, Anadolu memetik Philippine Daily Inquirer.

    Dilaporkan, penilaian kerosakan awal menunjukkan 8,865 buah rumah musnah dan 36,691 mengalami kerosakan separa.

  • Khemah runtuh di Virginia AS, 1 maut dan 22 cedera

    Sebuah khemah besar runtuh di negeri Virginia AS pada malam Jumaat, membunuh seorang dan mencederakan 22 orang lain, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.

    Khemah itu dilaporkan mempunyai kapasiti 1,500 orang, walaupun tidak jelas berapa ramai yang berada di dalamnya ketika kejadian itu berlaku.