Thailand

  • Kapal kargo Thailand diserang di Selat Hormuz

    Sebuah kapal kargo Thailand diserang pada Rabu ketika belayar di Selat Hormuz, kata Tentera Laut Diraja Thailand, menurut berita Xinhua pada Rabu, setakat ini, 20 anak kapal diselamatkan dan dibawa ke Oman untuk penempatan.

    Kapal yang terlibat ialah Mayuree Naree, milik Precious Shipping PCL, yang berlepas dari pelabuhan di Khalifa, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada awal pagi Rabu dan diserang sekitar jam 11 pagi waktu tempatan di Selat Hormuz.

    Susulan kejadian itu, Tentera Laut Diraja Thailand segera menyelaraskan usaha menyelamat. Tentera Laut Diraja Oman telah menyelamatkan 20 anak kapal Thailand dan mengangkut mereka ke Khasab, Oman. Pihak berkuasa sedang meneruskan pencarian tiga anak kapal yang berbaki. Tentera Laut Thailand menambah bahawa punca sebenar serangan itu sedang disiasat.

    Kebakaran berlaku di sebuah kapal kargo Thailand selepas ia terjejas di Selat Hormuz pada 11 Mac 2026. Sebuah kapal kargo Thailand diserang pada Rabu semasa belayar di Selat Hormuz, kata Tentera Laut Diraja Thailand – XINHUA.
    Kebakaran berlaku di sebuah kapal kargo Thailand selepas ia terjejas di Selat Hormuz pada 11 Mac 2026. Sebuah kapal kargo Thailand diserang pada Rabu semasa belayar di Selat Hormuz, kata Tentera Laut Diraja Thailand – XINHUA.
  • Thailand dakwa Kemboja ‘langgar’ gencatan senjata dengan melepaskan grenad

    Tentera Thai pada Selasa mendakwa Kemboja melepaskan grenad ke kawasan Phlan Hin Paet Kon di wilayah Sisaket dekat titik rondaan Thai, “melanggar” gencatan senjata antara kedua-dua pihak.

    “Thailand membalas mengikut peraturan pertempuran. Tiada anggota Thailand yang cedera,” kata tentera dalam satu kenyataan di Facebook, lapor Anadolu.

    Jurucakap tentera Thai, Mejar Jeneral Winthai Suvari dilapor berkata, anggota Thai sedang menjalankan rondaan rutin pada waktu pagi apabila kejadian itu berlaku.

    Pihak Thailand membalas dengan melepaskan pelancar grenad M79 ke arah tembakan itu dilepaskan, tambahnya.

    Winthai juga berkata, tindakan pihak Kemboja “melanggar” perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu, tiada reaksi segera daripada Kemboja mengenai kejadian itu.

    Gencatan senjata antara kedua-dua negara telah diwujudkan pada 27 Disember selepas 20 hari pertempuran sempadan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 99 orang, termasuk orang awam, menurut Anadolu.

  • Gempa 6.5 magnitud landa Thailand – GFZ

    Gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan Thailand pada 1707 GMT Ahad, kata Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, menurut berita Xinhua.

    Pusat gempa, dengan kedalaman 10 km, pada mulanya ditentukan berada pada 17.03 darjah latitud utara dan 101.98 darjah longitud timur.

  • Lebih 70 harimau mati ‘secara misteri’ dalam tempoh sebulan di taman di utara Thailand

    Lebih 70 harimau mati “secara misteri” bulan ini di sebuah taman harimau tarikan pelancong di utara Thailand, lapor berita Anadolu memetik Bangkok Post pada Jumaat.

    Di taman Tiger Kingdom Chiang Mai yang dikendalikan secara persendirian, penutupan selama dua minggu telah dimulakan susulan kematian itu, dan siasatan juga telah dilancarkan.

    Pegawai ternakan wilayah dilapor berkata, kemudahan itu telah mengharamkan semua kemasukan tanpa kebenaran dan memulakan pembasmian kuman di seluruh kemudahan sementara ujian makmal dijalankan ke atas bangkai harimau.

    Kematian dilaporkan bermula pada 8 Februari. Andaian awal tertumpu pada ayam mentah yang digunakan sebagai makanan.

    Namun, pihak berkuasa berkata punca sebenar masih belum disahkan.

    Harimau yang masih hidup telah dipindahkan ke pusat jagaan taman di daerah Mae Taeng, di bahagian utara wilayah Chiang Mai, untuk pemantauan rapi.

    Menurut Kritsayarm Kongsatri, pengarah Pejabat Wilayah Kawasan Perlindungan, kehilangan begitu banyak haiwan dalam tempoh singkat adalah “sangat luar biasa”.

  • Tembakan di sekolah di selatan Thailand menyebabkan pengetua maut

    Kejadian tembakan di sekolah di wilayah Songkhla, selatan Thailand pada Rabu menyebabkan pengetua sekolah itu maut, menurut notis dikeluarkan oleh sekolah pada Khamis, lapor berita Xinhua.

    Polis Diraja Thailand dilapor berkata di media sosial pada Khamis, bahawa serangan itu menyebabkan seorang pengetua terbunuh dan dua pelajar cedera.

    Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun, telah ditahan. Dia melakukan jenayah itu dengan raifal dicuri daripada polis, menurut polis.

    Kenyataan terdahulu dari pejabat perhubungan awam wilayah Songkhla menunjukkan seorang lelaki bersenjata menyerbu masuk ke sebuah sekolah di Daerah Hat Yai, melepaskan tembakan dan menjadikan guru dan pelajar sebagai tebusan, lapor Xinhua.

  • Semua 42 penumpang cedera dalam nahas bas Thailand – media

    Sebuah bas komuter kakitangan yang membawa 42 penumpang hilang kawalan dan terbalik di wilayah Chonburi, Thailand pada pagi Khamis, dengan semua penumpang di dalamnya mengalami kecederaan, menurut berita Xinhua memetik laporan media Thailand.

  • Kren tumbang di Thailand, 2 maut, 2 cedera

    Dua orang terbunuh dan dua lagi mengalami kecederaan selepas sebuah kren pembinaan tumbang ke atas lebuh raya di Thailand pada Khamis, kata pihak berkuasa, menurut berita Xinhua.

    Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9:10 pagi waktu tempatan di Jalan Rama II, jalan utama yang menghubungkan Bangkok dan wilayah Samut Sakhon, di mana kren yang beroperasi di tapak pembinaan lebuh raya bertingkat itu tumbang ke atas kenderaan yang lalu.

  • Sekurang-kurangnya 32 maut selepas kren jatuh di atas kereta api di Thailand

    Sebuah kereta api tergelincir di timur laut Thailand pada Rabu selepas sebuah kren pembinaan jatuh di atas dua gerabaknya, membunuh sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan 66 orang, kata gabenor wilayah itu, menurut laporan Reuters.

    Kemalangan itu dilaporkan berlaku di daerah Sikhio di wilayah Nakhon Ratchasima, 230 km (143 batu) timur laut Bangkok, ke atas kereta api dari ibu negara menuju ke wilayah Ubon Ratchathani.

    Menteri Pengangkutan Phiphat Ratchakitprakarn dilapor berkata dalam satu kenyataan terdapat 195 orang di dalam kereta api itu, sambil menambah bahawa dia telah mengarahkan siasatan menyeluruh.

    Kren itu sedang menjalankan projek kereta api berkelajuan tinggi apabila ia runtuh dan menghentam kereta api yang lalu, menyebabkan ia tergelincir dan terbakar seketika.

    Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dilapor memberitahu Kereta Api Negeri Thailand akan memberikan pampasan yang baik kepada keluarga mangsa terkorban, sambil menambah komen kepada pemberita selepas diberi taklimat di tempat kejadian: “Kita perlu menyiasat… dan mengambil tindakan undang-undang.”

  • Sekurang-kurangnya 22 maut, 55 cedera selepas kren runtuh menyebabkan kereta api tergelincir di Thailand

    Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 55 yang lain cedera selepas sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan kren pembinaan yang runtuh di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand pada Rabu, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9:05 pagi waktu tempatan apabila kereta api penumpang itu, yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Ubon Ratchathani, tergelincir dan terbakar susulan hentaman itu.

    Responder (pasukan tindakan pertama) kecemasan bergegas ke tempat kejadian dan menggunakan alat pemotong hidraulik untuk mengeluarkan penumpang yang terperangkap dari bangkai kereta api.
    Penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

    Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pengangkutan Phiphat Ratchakitprakarn dilapor berkata, dia telah mengarahkan agensi untuk menjalankan siasatan telus dan komprehensif bagi menentukan punca dan mencegah kejadian itu berulang.

  • Keadaan gelora teruk di Lapangan Terbang Phuket mencederakan ramai penumpang

    Sebuah pesawat mengalami keadaan gelora teruk semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di Thailand pada pagi Rabu, menyebabkan ramai penumpang cedera, menurut berita Xinhua memetik laporan media Thailand.