Tanzania

  • Gempa bumi 5.5 magnitud landa Tanzania

    Gempa bumi bermagnitud 5.5 menggegarkan Tanzania pada 1711 GMT Selasa, kata Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, menurut berita Xinhua.

    Pusat gempa, dengan kedalaman 10 km, pada mulanya ditentukan berada pada 8.31 darjah latitud selatan dan 39.09 darjah longitud timur.

  • 5 maut dalam nahas helikopter di Gunung Kilimanjaro

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Tanzania (TCAA) pada Khamis mengesahkan lima orang terbunuh pada Rabu selepas sebuah helikopter terhempas di Kem Barafu di Gunung Kilimanjaro, gunung tertinggi di Afrika, menurut berita Xinhua.

    “Dengan rasa kesal yang mendalam, pihak berkuasa mengesahkan bahawa kelima-lima orang di dalam pesawat telah kehilangan nyawa mereka akibat kemalangan itu,” kata TCAA dalam satu kenyataan.

    Polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai dua pelancong Czech, seorang juruterbang Zimbabwe, seorang doktor perubatan Tanzania, dan seorang jurupandu gunung Tanzania.

    Komander polis wilayah Kilimanjaro, Simon Maigwa, dilapor berkata Airbus H125, milik sebuah syarikat Tanzania, terhempas pada petang Rabu semasa dalam misi menyelamat untuk memindahkan dua pelancong Czech selepas mereka mengalami masalah kesihatan.

    Siasatan rasmi telah dilancarkan untuk menentukan keadaan dan punca nahas itu, kata TCAA.

    Gunung Kilimanjaro, yang terletak di utara Tanzania, merupakan destinasi utama bagi pendaki dan pelancong dari seluruh dunia.