Russia

  • 5 maut dalam kebakaran di kampung Timur Jauh Rusia

    Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak, maut dalam kebakaran yang melanda sebuah rumah dua tingkat di kampung Suntar di wilayah Yakutia, timur laut Rusia pada malam Khamis, menurut berita Xinhua.

    Enam orang dan dua peralatan dari perkhidmatan bomba terlibat dalam memadamkan kebakaran itu, kata Direktorat Utama Kementerian Kecemasan Rusia untuk Republik Sakha (Yakutia) pada Jumaat, lapor Xinhua.

    Punca kebakaran sedang disiasat, dengan identiti dan umur mangsa maut masih belum didedahkan.

  • 24 terbunuh, 50 cedera susulan serangan dron Ukraine ke wilayah Kherson

    Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera selepas tiga dron Ukraine menyerang sebuah kafe dan sebuah hotel di Kherson pada malam Rabu, kata pihak berkuasa tempatan, menurut berita Xinhua.

    Serangan itu berlaku ketika orang awam berkumpul untuk meraikan Tahun Baru, Vladimir Saldo, ketua wilayah Kherson, dilapor sebagai berkata dalam catatan di Telegram.

    “Ramai orang terbakar hidup-hidup,” kata Saldo, sambil menyatakan bahawa salah satu dron membawa campuran pembakar, yang mencetuskan kebakaran besar di tempat kejadian. Anggota bomba hanya dapat memadamkan sepenuhnya kebakaran itu pada awal pagi Khamis.

    Doktor kini sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa mangsa yang cedera, katanya, sambil menambah bahawa pihak berkuasa serantau akan menyediakan semua bantuan diperlukan kepada mangsa dan keluarga mereka yang terkorban.