Alaska

  • Pertahanan aeroangkasa NORAD mengesan dan mengiringi 5 pesawat Rusia dari Alaska

    Perintah Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) berkata pada Khamis bahawa ia mengesan lima pesawat Rusia yang beroperasi di Zon Pengenalan Pertahanan Udara Alaska (ADIZ) dan mengiringi mereka keluar dari kawasan itu, lapor berita Xinhua.

    NORAD berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mengerahkan dua jet pejuang F-16, dua jet pejuang F-35, satu pesawat amaran dan kawalan udara E-3, dan empat kapal tangki pengisian bahan api KC-135 untuk memintas dan mengiringi pesawat itu sehingga ia meninggalkan ADIZ Alaska.

    Pesawat Rusia kekal di ruang udara antarabangsa dan tidak memasuki ruang udara berdaulat AS atau Kanada, katanya, sambil menyatakan bahawa aktiviti sedemikian di ADIZ Alaska berlaku secara berkala dan tidak dianggap sebagai ancaman.

  • Gempa bumi 5.9 magnitud landa Tenggara Alaska

    Gempa bumi bermagnitud 5.8 menggegarkan Tenggara Alaska pada 0646 GMT Khamis, kata Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, menurut berita Xinhua.

    Pusat gempa, dengan kedalaman 10 km, pada mulanya ditentukan berada pada 60.64 darjah latitud utara dan 140.00 darjah longitud barat.

  • Gempa bumi 7.0 magnitud di Alaska

    Gempa bumi dengan magnitud 7.0 menggegarkan Alaska pada 2041 GMT Sabtu, kata Kajian Geologi AS (USGS), lapor Xinhua.

    Gegaran dirasai di ibu negeri, Juneau, dan di Whitehorse, ibu kota wilayah Yukon Kanada, lapor media tempatan.

    Menurut USGS, gempa itu berpusat 96 km timur laut Yakutat dengan kedalaman 10 kilometer.

    Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan di pihak AS.

    Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan berkata tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi besar itu.

    Xinhua melaporkan, menurut CBC News, Gempa Bumi Kanada berkata gegaran itu berlaku dekat sempadan Alaska-Yukon.

  • Gempa bumi 6.0 magnitud landa Alaska

    Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda dekat kawasan barat laut Anchorage, Alaska pada Khamis, menurut laporan awal dari US Geological Survey (USGS), lapor Anadolu.

    Gegaran itu dilaporkan berlaku pada 1711GMT di kawasan Susitna pada kedalaman 69.4 kilometer (43 batu) dan kira-kira 12 km (7.5 mi) barat laut Susitna, yang terletak dekat Anchorage, bandar paling ramai penduduk di negeri AS.

    Jabatan Pengangkutan Alaska dilapor berkata, pihak berkuasa sedang memeriksa infrastruktur lebuh raya, lapangan terbang, jambatan dan terowong “bagi memastikan rangkaian pengangkutan kami kekal dalam keadaan baik”.

    Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar berikutan gempa itu, menurut Anadolu.

    Menurut maklumat awal, tsunami tidak dijangka susulan gegaran itu, Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan AS dilapor sebagai berkata.

    Gempa bumi terbesar di Alaska telah direkodkan pada 27 Mac 1964 apabila gempa bumi 9.2 menggegarkan wilayah Prince William Sound. Gempa bumi ini dan tsunami seterusnya meragut 131 nyawa.