khaliffa1024@gmail.com

  • Keadaan dikatakan stabil di Selat Hormuz selepas pertempuran AS-Iran

    Menurut Al Jazeera, Press TV Iran melaporkan susulan pertempuran sebelum ini antara pasukan Tentera Laut AS dan Iran, keadaan di kepulauan Iran dan di bandar-bandar pesisir di sepanjang Selat Hormuz kini kembali normal.

  • Gempa magnitud 3.9 gegar Melonguane, Sulawesi Utara, awal Jumaat

    Gempa bumi bermagnitud 3.9 dilaporkan melanda kawasan Melonguane, Sulawesi Utara awal Jumaat, lapor berita Antara.

    Menurutnya, Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) mengesahkan gempa bumi itu berlaku pada jam 3:45 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB).

    Laporan itu menyatakan pusat gempa terletak pada koordinat 6.17° Lintang Utara (U) dan 127.00° Bujur Timur (T). Lokasi tepat gempa berada di laut, 243 kilometer timur laut Melonguane, Sulawesi Utara, pada kedalaman 198 kilometer.

  • Harga minyak AS meningkat kepada $97 setong selepas pertembungan tentera laut antara AS dan Iran

    Harga minyak AS melonjak sehingga 3 peratus awal Jumaat susulan tercetusnya konflik baharu antara Washington dan Tehran, dengan West Texas Intermediate (WTI) kemudiannya mengekalkan kenaikan sebanyak 2.58 peratus ($2.45) untuk diniagakan pada $97.26 setong pada 22:33 GMT, menurut berita Al Jazeera.

    Kenaikan itu susulan laporan pada Khamis mengenai pertempuran tentera AS dengan pasukan Iran, walaupun pegawai Iran menuduh AS melanggar gencatan senjata dengan menyerang dua kapal Iran di Selat Hormuz dan kemudian mengebom kawasan awam di pantai Iran.

  • Atendan KLM dimasukkan ke hospital kerana disyaki hantavirus

    Seorang atendan KLM dimasukkan ke hospital dengan kemungkinan jangkitan hantavirus, Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Sukan Belanda mengesahkan pada Khamis, lapor Xinhua.

    Menurut Xinhua, penyiar awam Belanda NOS melaporkan atendan penerbangan itu mengalami gejala ringan dan kini diasingkan di Pusat Perubatan Universiti Amsterdam, di mana dia sedang menjalani ujian.

    Atendan perempuan itu telah berhubung dengan seorang wanita Belanda yang meninggal dunia akibat hantavirus di Johannesburg pada 26 April.
    Sehari sebelum kematiannya, wanita terbabit menaiki penerbangan KLM dari Johannesburg ke Amsterdam sebentar, tetapi kru memutuskan untuk tidak membenarkannya melakukan perjalanan kerana keadaan perubatannya.

  • Tiga dilapor maut dalam tembakan di Linz, Austria

    Tiga orang maut dalam kejadian tembakan pada Khamis di bandar Linz, Austria, menurut berita Xinhua memetik media tempatan.

    Menurut Xinhua, akhbar Austria, Kronen Zeitung, melaporkan kejadian tembakan itu berlaku di hadapan sebuah restoran di bandar itu, dan membabitkan seorang lelaki yang membunuh dua wanita dan kemudian dirinya sendiri.

  • Rusia tembak jatuh 28 dron di atas Moscow

    Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh sekurang-kurangnya 28 dron yang terbang ke arah Moscow pada Khamis, kata Datuk Bandar Sergei Sobyanin, menurut berita Xinhua.

    Perkhidmatan kecemasan beroperasi di lokasi di mana serpihan dron dipintas jatuh, Sobyanin dilapor berkata di Telegram.

    Sekatan penerbangan sementara telah diperkenalkan pada Khamis di lapangan terbang Vnukovo dan Domodedovo di Moscow, menurut agensi penerbangan persekutuan Rusia, Rosaviatsiya, lapor Xinhua.

  • Dron dari Rusia terhempas di Latvia, cetus amaran udara – tentera

    Beberapa dron memasuki ruang udara Latvia dari Rusia awal Khamis, dengan dua terhempas di wilayah timur Latgale, lapor Angkatan Tentera Nasional (NAF), menurut berita Xinhua.

    Amaran mudah alih telah dikeluarkan kepada penduduk di daerah Ludza, Balvi, dan Rezekne pada awal pagi, kata NAF, sambil menambah bahawa amaran udara kemudiannya ditarik balik dan unit pertahanan udara tambahan telah dikerahkan di sepanjang sempadan timur.

    Semua sekolah di Rezekne ditutup, di mana sekurang-kurangnya satu dron terhempas ke dalam kemudahan penyimpanan minyak, lapor agensi berita Latvia LETA. Pelajar di Ludza dan Balvi beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

    Masih belum jelas sama ada dron itu berasal dari Rusia atau Ukraine, menurut Xinhua, (malah) baru-baru ini, dron Ukraine yang dilancarkan terhadap sasaran Rusia telah berulang kali menyimpang dari haluan dan terbang ke Latvia dan Estonia.

  • Seorang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Nabatieh, Lubnan

    Serangan Israel ke atas bandar Nabatieh di selatan Lubnan dan kawasan pinggirnya membunuh seorang dan mencederakan beberapa orang lagi, menurut berita Al Jazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan (NNA).

  • Pegawai Hamas sahkan anak lelaki pemimpinnya terbunuh di bandar Gaza

    Pegawai Hamas Basim Naim mengesahkan pembunuhan Azzam al-Hayya, anak lelaki Khalil al-Hayya, dalam serangan udara Israel di bandar Gaza, lapor Al Jazeera.

    Mangsa merupakan anak lelaki keempat ketua Hamas di Gaza yang hidup dalam buangan yang terbunuh dalam serangan Israel. Al-Hayya, yang mempunyai tujuh orang anak, telah terselamat daripada pelbagai percubaan Israel untuk membunuhnya (sebelum ini).

    Serangan Israel di ibu negara Qatar, Doha, tahun lalu, yang menyasarkan kepimpinan Hamas, telah membunuh salah seorang anak lelakinya, walaupun al-Hayya terselamat. Dua anak lelaki lain telah terbunuh dalam percubaan Israel yang lalu untuk membunuhnya dalam serangan Gaza pada 2008 dan 2014, menurut Al Jazeera.

  • Tentera Israel dakwa bunuh ketua Unit Radwan Hizbullah

    Tentera Israel mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka telah membunuh Ahmad Balut, komander Unit Radwan elit Hizbullah, dalam serangan di pinggir bandar selatan Beirut pada Rabu, lapor Al Jazeera.

    Ia juga mendakwa telah membunuh Muhammad Ali Bazi, ketua jabatan perisikan Unit Nasser, dan Hussein Hassan Romani, pegawai pemerhatian pertahanan udara Hizbullah.

    Kekuatan Hizbullah telah mendapat manfaat daripada sokongan kewangan dan ketenteraan yang besar daripada sekutunya, Iran, yang, selain memainkan peranan formatif dalam penubuhan kumpulan itu pada tahun 1982, terus bertindak bersama-sama dengannya selama beberapa dekad sejak itu, lapor Al Jazeera.