Enam orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di daerah Nacala-a-Velha, utara Wilayah Nampula, Mozambique, menurut berita Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.
Kemalangan itu berlaku pada petang Ahad dekat sebuah empangan di Nacala-a-Velha, apabila sebuah kenderaan penumpang yang dalam perjalanan dari Monapo ke bandar pelabuhan Nacala membelok ke lorong bertentangan untuk mengelakkan lubang dan bertembung dengan sebuah trak yang datang dari arah bertentangan.
Enam orang terbunuh di tempat kejadian, manakala lima yang lain mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital daerah untuk rawatan.

