1 maut, seorang lagi cedera dalam kejadian tikam di London

Seorang wanita terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tikaman di barat London pada Selasa, lapor Anadolu memetik Polis Metropolitan.

Seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh, manakala seorang wanita berusia 32 tahun dimasukkan ke hospital dengan luka tikaman di Shepherd’s Bush, menurut kenyataan polis, lapor Anadolu.

Pegawai polis dan paramedik telah dipanggil ke Askew Road kira-kira jam 8.20 pagi waktu tempatan (0720GMT), kenyataan itu dilapor sebagai berkata.

Wanita berusia 52 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala wanita berusia 32 tahun itu masih dirawat di hospital, polis dilapor berkata.

“Seorang lelaki berusia 48 tahun telah ditangkap di tempat kejadian kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh,” kata polis, menurut Anadolu.

Polis dilapor berkata, mereka percaya kejadian itu terpencil dan berlaku di alamat kediaman.