2 dilaporkan maut dalam runtuhan salji di tenggara Perancis

Dua pemain ski maut selepas terperangkap dalam runtuhan salji di Saint-Veran, sebuah pusat peranginan ski di Pergunungan Alps Perancis di tenggara Perancis, berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Ahad.

Rantuhan salji itu melanda petang Sabtu di Saint-Veran, yang terletak di jabatan Hautes-Alpes, mengorbankan dua pemain ski di luar piste, lapor akhbar harian Perancis Le Parisien, memetik perkhidmatan penyelamat.

Saint-Veran dikenali sebagai perkampungan altitud tertinggi di Pergunungan Alps Perancis.